Wednesday, May 16, 2012

CARA MENGATASI NAFSU SYAHWAT


                       Beberapa hari ni, aku rasa nafsu semakin membuak2 dari jiwa. Mula la berkhayal benda yang bukan-bukan. Aku sudah tidak sanggup lagi menghadapi hari-hari aku dengan dosa-dosa ini. Aku tak sanggup lagi meninggalkan solat kerana solat tu tiang agama. Aku kecewa dengan diri sendiri, post elok-elok kat facebook tapi aku tak berjaya praktikkan dalam kehidupan aku. Entah apa nak jadi dengan aku ni. Bila aku bernafsu je, aku akan berkhayal, memikirkan perkara maksiat antara lelaki dan perempuan. Betapa aku seronok berkhayal hingga meninggalkan agama aku, meninggalkan solat lima waktu. Aku selalu macam ni. Bila dah habis waktu, mulalah nak menyesal. Pastu aku qadha’ solat aku tu. Selalu jugak aku menangis memikirkan nasib aku yang lemah iman ni. Aku betul-betul perlukan orang untuk membimbing aku. Aku harus dan wajib cari punca kenapa aku boleh bernafsu sampai camni sekali.

Cara-cara mengatasi nafsu aku:

1)Kenalpasti sumber @ punca yang boleh membiakkan nafsu-potong dan hapuskan sebelum ia membiak

2) Kenalpasti cara, suasana, tempat @ individu yang dpt menarik aku-tempat tidur yang selesa, baju  tidur yang lembut, bekas kekasih

3) Memikirkan tentang akibat buruk perbuatan aku.

-azab kubur, azab api neraka, mati buruk(suul khatimah)

-jauh dari rahmat Allah serta tiada syafaat daripada nabi

-perceraian, perzinaan, bunuh anak luar nikah, kejian masyarakat, AIDS, dibuang kerja



Cara-cara meningkatkan ilmu dan keyakinan:

1)Sibukkan diri mencapai target dalam hidup

2) Allah maha melihat apa yang kita lakukan

3) Malaikat mencatat amalan kita

4)Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga baik dan soleh

5) Putuskan hubungan songsang, putuskan medium yang boleh bawa kepada maksiat

-internet, permainan, filem,

6) Ubah rutin yang boleh membawa kpd maksiat-melihat gambar lucah, video, dll

7) Hadiri majlis ilmu-buat blog, menulis buku, majalah , lukisan

8) Sertai kumpulan bersifat keagamaan

9) Sertai kumpulan NGO-tabligh, ABIM

10) Ziarah kubur secara kerap

11) Fikirkan aku mati masa buat maksiat

12) Fikirkan sesuatu yang buruk tentang orang yang aku suka yang boleh buat aku  berkhayal-cth:-dia seorang yang busuk, ada penyakit AIDS, pengotor, selekeh, badan busuk dll

13) Kalu masa terfikir pasal maksiat, keluar bilik, tgok langit, dan fikirkan tentang kebesaran Allah

14) Jangan biarkan diri terus dipukau dengan nafsu

15) Makanan halal

16) Harta yang halal

17) Sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati kita untuk berubah dan kuatkan hati kita daripada serangan nafsu

18) Bersegera buat kebaikan dan selalu bertaubat




1 comment: