Friday, September 3, 2010

RAHSIA TARIKH LAHIR KU...

Salam...ape kabo sume....dah berapa bulan xupdate blog, ni baru ada ksmptan nk update...itupun pnjam laptop kawan, namenye Aice Turnedo (Norrashidah binti Abd Wahab) atau lbih dikenali dgn pgilan nora...Teman sekerja masa keje pasaraya kat Jengka....Em, saje je nak menilai sape diri ni yg sebenarnye....Aku try dapatkan rahsia tarikh lahir melalui kiraan yang aku rasa blh percaya....Setelah ditambah tolak darab dan bahagi, numb peribadi aku adalah num 5...Di bawah ni adalah ciri2 org yg mpunyai numb asas 5.yg lain tgk sendiri la ek...

Kod Asas : 5
Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.

Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti

Mencari (arah)

Kuat kerja (workaholic), pemimpin, keras kepala, berpangkat tinggi, adventurous, bercita rasa tinggi/mewah, bijaksana, berfikiran jauh, berani ambil risiko, suka/minat berniaga, boros, suka bertangguh, berkira.

Tarikh lahir pada 20

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


Nombor Peribadi :
5

Elemen :
Tanah


Ciri Utama :
Mencari


Sinopsis :
Disukai kerana karisma kepimpinan, namun degil.


Tafsiran Umum Peribadi :

Pemimpin, kerja keras, berpangkat tinggi, degil.


Warna Yang Sesuai :
Coklat, beige dan kuning.


Status (BMI) :
23 => Normal (mempunyai berat badan yang ideal). Kekalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


Masalah Kesihatan Berkaitan :
Pencernaan (kesakitan atau senak perut), ketidakhadaman, sembelit, anemia (kurang darah), buasir, sakit sendi, sengal tulang (arthritis).



Kesimpulannye, macam byk je pkara yg blh mdatangkan riak....huhuhu.....nanti2 la bsembang lagi....salam