Tuesday, May 8, 2012

PENGGUNAAN MADU LEBAH

Madu,madu,senyummu manis semanis madu, membuat hati selalu rindu...haha..lagu arwah abah selalu karaoke...Madu mempunyai pelbagai khasiat yang kita semua sedia maklum dan dapat merawat pelbagai penyakit dengan izinNya.InsyaAllah, di bawah adalah cara2 kita boleh applikasikan madu dalam kehidupan harian kita.

CARA MENGGUNAKAN MADU:
Batuk :
madu + limau nipis (diperah)
Menguatkan minda:
madu + kismis
Menguatkan tulang:
madu + susu anlene
Menyembuhkan luka dan melecur:
sapukan pada luka
Lelah dan sesak nafas:
madu + lebak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka:
putih telur + limau nipis (diperah) + madu
Pelembap muka:
kobis + madu
Melangsingkan badan:
madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
Tenaga batin:
1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
Wanita mengandung:
1 sudu teh madu 2 kali sehari

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud, "Demi Allah yang aku dalam genggaman-Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar daripadanya."
Selamat mencuba dan jumpa lagi :)

No comments:

Post a Comment