Wednesday, April 25, 2012

NAK BUAT DOSA KE TAK?


Assalamualaikum wbt


Bila terfikir tentang dosa, aku tiba-tiba nak copy entry orang ni....
Antara nak dan tak nak je..

Satu ketika, seorang alim pernah ditanya. “Apakah tuan tidak teringin untuk melakukan dosa?”
“Siapa yang tidak teringin berbuat dosa? Boleh bermalas-malas ketika waktu solat sudah tiba, boleh berseronok dengan perempuan yang bukan hak milik kita, boleh makan tak kira halal haramnya asalkan sedap menjamu selera. Semua itu menyeronokkan, “jawap orang alim itu.

 ...“Kalau begitu, mengapa tuan menahan diri daripada semua keseronokan tersebut?.
“Perumpamaannya beginilah.. Wahai anak muda... Saya pergi ke sebuah restoran ternama, terkenal dan sedap semua masakannya. Nafsu saya meronta-ronta hendak makan semua makanan di situ. Ada ikan besar, udang besar, sotong besar, kambing panggang besar dan banyak lagi semuanya besar. Tapi malangnya saya tak mampu nak bayar.”

“Maksudnya?”
“Maksudnya, atas dunia ni kalau nak, saya boleh saja buat seberapa banyak dosa sesuka hati kita. Saya boleh saja berseronok setiap masa selagi dunia belum kiamat. Tapi saya bimbang dan takut kelak nanti saya tak mampu nak bayar harga semua dosa itu di akhirat nanti. Dengan apa saya nak bayar jika tak ada amalan atau terlalu sedikit amalan berbanding dosa yang saya lakukan?”


 Maka fahamlah lelaki itu yang bertanya pada orang alim tersebut. Seboleh-bolehnya, sesiapa pun mahu hidup berseronok di atas dunia. Tetapi tiada siapa pun yang mampu untuk membayar segunung dosa-dosanya, ketika hidupnya bergelumang noda dan dosa di atas dunia yang hanya sementara.

p/s: hutang emas boleh dibayar, hutang dosa & maksiat di bawa mati...

PERLU BERHENTI ATAU TIDAK


 
‎* Ramai orang tahu membaca al-Quran, tetapi ramai juga yang hanya tahu membaca tanpa mengetahui tanda-tanda yang terdapat pada ayat-ayat tersebut.
* Di atas adalah tanda-tanda sekiranya seseorang itu mesti berhenti, tidak boleh berhenti, berhenti di salah satu tempat dan sebagainya.

 Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”

(Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi)
 
Selamat membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid ^ _ ^
 
 

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam 

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun 

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
 
Semoga bermanfaat ilmu yang disampaikan...
Sebarkanlah ilmu walaupun hanya satu ayat.....wassalam