Thursday, March 29, 2012

Cinta

Apakah itu cinta?
Adakah ia sebuah kata-kata ataupun ucapan kpd sang Pencipta,
ataupun perasaan sesama manusia?
Aku terjebak dalam cinta kepada manusia,
Manusia yang tidak memahami hakikat cinta ini,
Manusia yang datang dan pergi,
Tanpa mahu berada sisi.

Aku tenggelam dalam cinta kepada manusia ini,
Manusia yang tidak mempunyai pendirian diri,
Manusia yang tidak memahami hati nurani,
Seorang insan yang amat menyayangi.

Mengapa kau selalu mendera perasaanku,
Mengapa selalu menyingkirkan aku dari hidupmu,
Mengapa dikau langsung tidak mempedulikanku?
Aku sunyi, aku sepi, di manakah kau sayangku?

Adakah hatimu bukan milikku lagi?
Adakah aku cuma penghibur di kala sunyi?
Kau pergi tanpa menoleh lagi,
Aku benci. perasaanku ini..

Tidakku mahu mengejar lelaki,
Lelaki yang tidak sudi melihatku,
Lelaki yang tidak mahu berkongsi rahsia hati,
Kepada insan yang teramat menyayangi...

Hasil Nukilan
Insan yang Terluka